Friday 7 November 2014

Officially 20


Alhamdulillah.. baru ada masa nak update blog.. hahaha macam busy sangat je kan.. boleh laaa..
3 November 2014, I'm officially 20.. yeayy! semakin meningkat usia, semakin dewasanya aku.. 
harap semakin bertambah matang dari segi berfikir, perbuatan dan juga pertuturan. Hope so.. :)
20 tahun dah hidup dan still boleh bernafas kat atas muka bumi.. Alhamdulillah sekali lagi kerana masih diberi kesempatan.. 


It's quite scary bila dah semakin dewasa.. kena jadi matang.. buang sifat childish yang ada.. ohhh no.. rasa macam tak boleh. sebab still nak rasa environment yang tiada nya masalah.. bila jadi dewasa, kena fikir banyak benda.. Masalah, belajar, kerja dan finally kahwin.. So many things to think and to handle.. mampu kah aku?? begitu besar cabaran yang bakal ditempuhi. haha kalau boleh nak stay kecik je.. x nak besar.. tapi boleh ke? Of course cannot.. 

Birthday tahun ni sambut dekat UTM je.. biasanya dapat sambut kat rumah.. dapat makan sedap-sedap, dengan family, ada kek.. tapi sambut dekat sini pon still best. sebab aku ada kawan-kawan yang ingat birthday aku (ingat ke??) hahaha Alhamdulillah, kerana aku dapat kawan-kawan yang baik.. Yes, nasib baik korang tak de prank cause I hate that thing.. just a nice surprise party.. terharu of course tapi tak mampu nangis hahaha mampu gelak je.. hati besi kan -_- huhu actually memang  tersangat terharu dan agak malu jugak sebenarnya.. >_< 
Add caption



thanks untuk present ^^
                                        


Thanks sebab celebrate and thanks jugak sebab wish.. Thanks a lot uollls.. sayang korang semua sangat-sangat..
Buat diri aku, semoga menjadi lebih matang dalam semua aspek dan semoga berjumpa jodoh hahaha tak nak jadi andartu woiii.. 
hahaha amin.. habiskan degree dulu please, baru fikir sal kahwin..
Sekian, anneyong!
adios amigos!
Assalamualaikum.... ^^

Wednesday 8 October 2014

Mr.PERFECT




Mr. perfect??
what the **** kan tajuk camni.. hahaha ni maybe sebab lately banyak sangat pengaruh drama-drama yang ala-ala romantik gituhh hahaha jadi cam dah kena effect sikitt...
acecece sebenarnya just for fun, for release stress dengan kerja yang 'menggunung' banyaknya, dengan subjek yang tak sempat nak cover lagi, for hilangkan bosan and for everything meh.. hehe :)
tapi kerja-kerja tu semua ketepi sat.. aku malas lagi change mood jadi 'best student', hadap buku 16 hours(tolak tidur, makan, solat,etc) hahaha 


okay! back to the main point, Mr.PERFECT?? which tak la totally perfect kan.. memang sampai tua kerepot tak kan jumpa la, adeihh =_= maksudnya macam perfect di mata orang tu.. hik5
buat masa sekarang that Mr.Perfect aku tak jumpa lagi.. hahaha(hmm iyeker?? )
Mostly opps silap.. certain maybe ada dia punya ideal type camne kan.. aku pon sama..
tapi tak de lah nanti nak cari husband kena full match ngan kriteria yng kita nak.. cukuplah kalau  sedap mata memandang, mampu bimbing aku dan terima aku seadanya.. cewaaahhhh aihh gedikss arhhh

Sekarang ramai lelaki aku tengok rajin workout, minum protein la, main dumbbell bagai, masuk keluar gym sebab nak tough, ada six pack, ketul sana sini, to simple jadi abang sado hahaha BUT nak tekankan kat sini la, mostly, hmm mostly la perempuan tak suka.. badan ketul-ketul,, aishh its quite scary hehehe tapi atas pandangan masing-masing la kan.. macam aku cakap, atas ideal type masing-masing...
Adalah sesetengah makhluk Allah (lelaki) ni pernah tanya aku, ideal guy aku camne kan.. 
Firstly, aku tak suka smokers... reject awal-awal yang smokers.. memang tak.. takkkkkk! hahaha over sikit... hahaha Second, nampak pendiam tapi sebaliknya bila dengan aku... hik5 sebab aku ni talkative, (talkative ke? boleh larr..) so, aku nak yang pendiam sikit sebab boleh laa aku nak sakat hehe... mostly, exs aku nampak pendiam.. hmmm opsss kantoi ekekeke....
Next, tinggi dari aku.. of course! haha minimum 5 cm pon tak pe laa.. asalkan lepas syarat haha joke :P Hmmm apa lagi ek? haaa.. ada jugak certain cakap aku suka lelaki yang muda dari aku.. hahaha kelakar jugak la bila dengar.. tapi aku tak kesah pasal muda or tua, jangan beza lebih 3 tahun dengan aku,,, tu da cukup. tapi exactly aku suka tengok someone yang muda dari aku lebih bersikap matang and kalau boleh dia layan aku macam aku ni muda dari dia.. nampak macho je ohh no, melting hahaha

For now aku tak de la plak crush kat sesape pon.. hmm pikir sat, ada ke? haha tak de.. ade..tak de.. ade.. hahaha rahsia meh.. biarlahh rahsia hehehe  kalau ada, aku akan usaha usha si "dia" hahaha kalau tak de, duk diam sudahh, baca buku ekeke ^^
last but no least, nak tekankan kat sini.. benda ni semua just suka-suka.. tiada kaitan dengan yang hidup ataupon yang sudah tiada... hehe but untuk nasihat la, for those yang couple.. yes, aku rasa aku totally tak layak nak bagi nasihat cause aku pon pernah couple.. First, elakkan berdua-duaan... even kawan pon.. hmm sebab pasti adanya yang ketiga. macam-macam benda boleh jadi. Tak nak cakap banyak sal benda ni, and paling penting, don't neglect your work because of it.. please.. yes! cinta tu buta tapi please jangan buta mata, sampai tak boleh siapkan kerja dan jangan jugak buta hati.. benda yang sepatutnya salah dijadikan betul... don't think to simple about it..


Macam dah banyak sangat aku melalut... hehe sampai masuk bab couple huhu sorry.. nak cakap sikit tapi dah terbanyak plak.. Penutup : tak perlulah kita mencari pemilik tulang rusuk ini kerana pemilik itu sendiri akan mencari tulang rusuknya sendiri , hehehe acah jiwang sikit.. :P 
No offend please.. 
Sekian, anneyong!
adios amigos!
Assalamualaikum... ^^

Wednesday 24 September 2014

Friendship Or 'Fake'ship




Sahabat....
what is mean by that seven letters and that one word...
Ada banyak maksud, dan tak tahu macam mana nak huraikan malah nak jelaskan maksud perkataan tu.. ada baik, dan tentu ada buruknya..
Sahabat.. dia yang tahu kekuranganmu, tapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yang tahu ketakutanmu, tapi menunjukkan keberanianmu..
Tetapi, hakikat tidak dapat dinafikan.. ada juga yang sebaliknya..

Dari kecil lagi, kita dah pandai berkawan, bersahabat. semakin meningkat dewasa, semakin kita tahu selok belok cara bersahabat, dan tak semua orang disekeliling kita boleh jadi kawan. Sebab kita tahu, hati manusia lain-lain. dan semestinya kita tahu banyak sudah berlaku kawan makan kawan.. I already feel it how somebody that so close to you, eventually betray you for somebody else.. Thats why, aku boleh nak berkawan tapi jadi sahabat aku sangat susah.. Aku bukan memilih tapi 'berhati-hati' sebab aku tak nak "pisang berbuah dua kali"..
kami berkawan dari sekolah menengah lagi. Berkongsi minat yang sama dalam sukan mempertahankan diri, silat. Dari situ juga kami mula berkawan seerat-erat dan serapat-rapatnya. haha until now, when I have my own problem, she's the one that I'll call.. walaupun jarang berjumpa kan, tapi kami tetap sahabat.. no big deal~
BFF~ my soulmate..

Masuk matrik je, semua dah berubah. tapi suasana sekolah tetap ada.. Dalam ramai-ramai manusia hanya mereka sahaja yang dapat masuk "kepala" dengan aku. haha maybe sebab berkongsi loghat yang sama, dengan itu two way communication can occur. Suka duka, menangis ketawa bersama walaupun setahun je.. tapi setiap yang kami lakukan bersama tetap jadi kenangan. Can't deny that we're the most active in our class.. Sampaikan ada je pihak yang tak senang dengan kami.. (hmm??!)
last day sebelum start PSPM 2.. last kuliah :')






Minggu Mesra Mahasiswa.. pinky gitu..
cuba teka apa yang pelik..? haha jangan marah eka ^^
 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), betapa gah nya nama, betapa hebat nya.. UTM is one of the research universities and also in top 5 university list in Malaysia.. First dpt mesej dari UTM, hati bagai berhenti, senyum di bibir tak dpt hilang.. betapa gembiranya dapat masuk uni ni.. usaha penat lelah, bersengkang mata di matrik akhirnya berbaloi.. Alhamdulillah.. di sini, bermula la kisah kami.. still berenam, maintan that number haha we're from different state, different ways.. but we have one similar thing.. intimate (yeke?? ) haha nama pon ikut susunan da..
jamuan raya KTF sorry cause jue tak de..
nampak tak ke'gorgeous'an kami hehe

Banyak je lagi gambar kitorang, tapi malas la upload haha baru setahun lebih dekat UTM.. kalau dah graduate, tak tahu la koleksi berapa ribu hahaha but itu semua akan jadi kenangan.. tak begitu? hehe
Always ingat yang seorang kawan yang mendampingi kita time susah tu lebih baik daripada seribu kawan yang mendampingi kita time kita senang.. susah senang, ketawa nangis, bersama.. itu baru namanya "kawan"..
No offend please.. :)
sekian, anneyong!
adios amigos!
assalamualaikum.. ^^



Saturday 20 September 2014

SILAT TPM 05

First time kot buat blog. haha macam nak try je, macam nak cuba je, macam best je.. well, kita tengok apa yang best sangat dengan blog.. wait and feel haha
macam tajuk kat atas, yes.. aku baru je balik dari tournament silat.. piala timbalan perdana menteri yang ke 5(maybe) haha its totally awesome, gempak, menarik da bomb laa,
as expected from my previous game, I'm being the only one again, AGAIN.. and yang paling gempak nye, kitorang just training only in 5 days.. and training macam nak mati la kan, dengan semputnye, dengan sakit nye.. 
  

training2.. this before I'm being the only girl
Tournament ni berlangsung kt mydin meru, ipoh, Perak.. Ipoh mali hehe bila ada tournament camni memang best untuk ponteng kelas hahaha untuk game kali ini, mostly ramai 'adik-adik' dari UTM KL yang join.. hehe adik-adik sangat laa kan.. first time jumpa its totally akward, tapi macam orang cakap, "tak kenal maka tak cinta" hehe bukan bercinta-cinta ok.. maksudnya, bila dah kenal orang tu baru kita rasa rapat and mesra.. same here to me, kenal ngan dorang memang best, eventhough baru kenal satu hari dah rapat macam setahun(over sikitt) hehe

muka kebuluran seharian tak makan,penat memang penat tapi kami tetap aktif hehe

last day, lepas semua dah kalah haha bergambar ler sikit

makan tak hingatt dunia hehe

the ultimate coach :)





fokus tengok video lepas lawan ekeke ^^

nasib maybe tak menyebelahi kami semua, satu team ni kalah awal hahaha and because of that, kami balik awal hehe maybe jugak kurangnya training dan fokus.. try next game plak okey -_-
This tournament memang bermakna buat aku cause aku dapat jumpa kawan-kawan ngan senior aku, almost three years, huhu rindu bak anggg!!

my BFF ^^

yang tengah tu superb ahh,
tumbuk hidung orang sampai patah ekeke

we are SMAASZA-ians, nothing can break our bonds
Sometimes orang akan fikir dan curious apa yang best dan menarik tentang sukan silat ni, tapi apa-apa jawapan pon tak boleh nak memuaskan hati orang yang tak "jatuh hati" dekat sukan ni.. macam aku yang dari dulu sampai sekarang tak boleh tinggalkan sukan ini tak boleh nak jawab soalan tu.. tapi, aku da rasa nak bersara haha balik training lebam sana sini, balik je kaki cramp, huhu maybe ada satu saat t aku akan berhenti involve dengan semua ini.. last but not least, (macam essay plak kih5), ada orang tu bagi aku gambar last training, mentang-mentang la aku skip malam tu, saje buat aku jeles..grrrr
macho-macho je, haha lai-lai, pilih kecuali yang 'tut' hehe

muka baru pas habis training, nampak la peluh tu semua hehe
Akhir kata, majulah sukan untuk negara. hehehe sukan-sukan jugak, pelajaran jangan lupa.. jadilah orang yang pandai kedua-duanya, jangan terlalu fokus pada satu benda je.. ape aku melalut ntah, hehe huhu 
sekian, anneyong!
adios amigos! 
Assalamualaikum.. ^^